Ketua Srikandi PKR Letak Jawatan, Isytihar Keluar Parti

- Advertisement -

PETALING JAYA – Nurainie Haziqah Shafii hari ini melepaskan jawatan ketua Srikandi PKR dan meninggalkan parti itu.

“Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti pada hari ini,” katanya yang turut memegang jawatan exco Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat kepada FMT.

Selain jawatan dalam parti, beliau turut meletak jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Keputusan ini diambil atas prinsip jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku ahli PKR.”

Ditanya mengenai rancangan menyertai parti lain, Nurainie berkata, fokusnya kini kepada bidang guaman, termasuk dalam badan bukan kerajaan.

“Saya berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform saya yang sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasiti saya sebagai seorang peguam dan aktif dalam beberapa NGO yang saya sertai.

“Prinsip ini telah saya junjung sejak saya menjadi seorang aktivis bermula di universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platform NGO yang aktif sehingga kini.”

Minggu lalu, Nurainie dilantik sebagai ketua Wanita Pemuda Negara, organisasi yang dipercayai ditubuhkan untuk menyokong bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, menteri kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional yang beliau bantu tubuhkan Februari lalu.

Nurainie ialah ahli politik PKR terbaru yang meninggalkan parti itu susulan perpecahan antara Presidennya, Anwar Ibrahim dan Azmin.

Selasa lalu, 2 wakil rakyat PKR di Kedah, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin meninggalkan parti itu.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Harapan pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar pagi tadi.

Muhammad Sanusi Md Nor daripda PAS dilantik sebagai menteri besar yang baru petang tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat