Bekas pegawai tentera dan polis kini akan dilantik warden MRSM realisasi sifar buli – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mulakan pengambilan warden sepenuh masa dari kalangan bekas pegawai tentera dan polis sebagai projek rintis bagi bentuk disiplin pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sifar buli.

Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan ini telah beliau bangkitkan dalam Majlis Mara dan telah dipersetujui sebulat suara.

“Buat permulaan ini, projek rintis (pilot) akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini.

“Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Ujar Asyraf lagi, Bahagian Pendidikan Menengah Mara juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan terma-terma rujukan (TOR) tanggubgjawab dan bidang tugas Warden di MRSM.

“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Ini juga bagi memastikan matlamat Mara untuk sifar buli di MRSM benar-benar mampu direalisasikan,” tegas Asyraf.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat