Rumah, pejabat Sivakumar digeledah SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Difahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.

Menurut sumber, penggeledahan itu dilakukan SPRM sebaik sahaja keterangan menteri itu diambil pada hari sama bagi mendapatkan bukti-bukti.

“Sivakumar telah dipanggil SPRM semalam (Ahad) untuk bantu siasatan susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

“Ahli perniagaan berkenaan dipercayai membuat ‘public relation’ mewakili Sivakumar untuk meminta wang kepada individu tertentu yang menjalankan projek kerajaan di kementerian itu sebagai jaminan agar mereka dapat meneruskan projek dilaksanakan selain menjanjikan akan diberikan projek lain selepas itu,” katanya lapor Sinar Harian pada Isnin.

Tambah sumber, perbuatan yang dilakukan ahli perniagaan itu disyaki berada di bawah pengetahuan kedua-dua pegawai Sivakumar yang dikatakan pernah menyaksikan pemberian wang itu.

“Wang berkenaan disyaki dibayar secara tunai sebelum kesemua wang itu didakwa akan diserahkan kepada Sivakumar,” ujarnya.

Jelasnya, Sivakumar bagaimanapun dibebaskan setelah keterangannya direkod lewat petang Ahad.
Pada 14 April, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa penahanan beberapa pegawai Sivakumar adalah keputusan SPRM untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja jika ada asasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat