PM Sampaikan Sumbangan Persiapan Raya, Buka Puasa Bersama Penduduk

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni warga Bera dengan menyampaikan sumbangan sempena program Jelajah Semarak Ramadan di Masjid Takwa Felda Tembangau 2 di sini, hari ini.

Pada program dua hari yang bermula semalam itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada 134 penerima terdiri daripada golongan memerlukan yang menetap di Felda Tembangau 1 dan 2 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa bertanya khabar penerima bantuan selain menasihati mereka agar menjaga kesihatan dan sentiasa mengenakan pelitup muka sebagai langkah mengekang jangkitan COVID-19.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Terdahulu, beliau turut berkunjung ke Masjid Ladang Triang 2 dan Masjid Felda Tembangau 6&8 serta menyampaikan sumbangan kepada 586 individu terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.

Selain itu, beliau juga dijadualkan menyampaikan sumbangan di Masjid Felda Tembangau 3 dan di lokasi terakhir iaitu di Masjid Kuala Triang, di sini yang majlis berbuka puasa turut diadakan.

Semalam, pada program yang sama Ismail Sabri telah menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Petronas kepada 2,013 penerima yang bertujuan membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan raya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat