Pinda Perlembangaan Parti, Adakan Pemilihan Parti Selepas Setiap Kali PRU – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar UMNO meminda Perlembangaan Parti supaya pemilihan didakan hanya selepas setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) seperti MCA laksanakan.

Jelasnya, ianya bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti.

Menurutnya lagi, UMNO tidak perlu hanyut dalam gelora pemilihan parti kerana mengembalikan budaya bobrok seperti membawa rombongan, menyusun jentera dan membuat gerakan untuk mencatur serta menjatuhkan sesama sendiri.

“Pemuda ingin mengusulkan kepada pimpinan tertinggi dan Perhimpunan Agong UMNO agar membuat pindaan perlembagaan parti seperti rakan komponen kita MCA supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali Pilihan Raya Umum. Ini bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti

“Jangan terpengaruh dengan usaha-usaha memaksa disegerakan pemilihan parti. Jika ada pemilihan sebelum pilihanraya, berapa ramai kepimpinan pemuda di hadapan saya ini yang akan bertukar ganti? Bukan kerana ditolak, tetapi kerana batasan umur yang tidak mengizinkan lagi. Dengan masa yang pendek, apakah kita mampu membentuk semula barisan baru yang berpengalaman dan kuat untuk menghadapi peperangan?

“Usah hanyut dalam gelora pemilihan parti! Mula kembali budaya bobrok lama membawa rombongan ke sana sini, menyusun jentera, membuat pelbagai gerakan untuk mencatur dan menjatuhkan sesama sendiri. Ingatlah, jika bahtera kita karam buat kali kedua, jawatan parti pun sudah tidak bernilai lagi.” kata Asyraf ketika memberi Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Asyraf mengingatkan pilihanraya akan datang adalah lebih besar geloranya.

“Ingat pilihanraya akan datang lebih besar cabarannya, bukan sahaja dengan fitnah lama, tetapi juga dengan tohmahan baru daripada dalam dan luar bahtera. Semuanya bagi memecah belahkan kita semua, melumpuhkan jentera kita dan akhirnya mengaut laba daripada kelemahan kita..” ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat