Musuh Kita Pembangkang, Bukan Serang Sesama Sendiri – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengingatkan tugas pimpinan parti bukan mengajak ahli untuk membenci kelompok dalam parti sebaliknya menentang pembangkang.

Tegas beliau, sekiranya UMNO ingin menang dalam pilihan raya, sindiran-sindiran sesama sendiri wajar dihentikan.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) menang tapi jatuh sebab bercakaran dalaman.

Tapi UMNO belum menang pun dah ada nak menjatuhkan sesama sendiri,” kata Shahril.

“Bisik-bisik, momok-momokkan orang dakwa-dakwi, spekulasi. Akhirnya masing-masing nak bersuara pun teragak-agak pandang kanan pandang kiri.

“Takut tak masuk line itu tak masuk line itu ini. Orang cakao kita Maxis, bimbang Celcom marah. Orang kata kita Celcom, jaga-jaga takut Maxis terasa. Hujung-hujung geleng kepala pakai uMobile sajalah no coverage.

“Itu bukan cara nak menang. Semua aset parti. Semua ada jasa. Yang Menteri yang bukan Menteri. Yang ada jawatan, yang tak ada jawatan,” katanya dalam ucapan penangguhan persidangan Pemuda UMNO di WTC pada Khamis.

Shahril menambah, Presiden dan Timbalan ada peranan dan ada kekuatan mereka mengemudi parti tanpa kompromi.

Ujarnya, mana mungkin kita terfikir pada PAU2018 dahulu kita boleh berdiri di sini pada 2022 dengan segala kejayaan kuasa dan pilihan raya yang telah dikecapi.

“Kita ucapkan syabas kepada Presiden kerana apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, percaturan beliau berjaya bawa parti ke saat ini.

“Pada masa sama, Perdana Menteri dan Kabinetnya dari UMNO juga ada peranan. Menunjukkan kepada negara preview atau protonton kepada pemulihan negara apabila UMNO yang memimpin. Menunjukkan bibit-bibit pembinaan semula negara selepas rosak dek PH dan longlai dek PN, sebagai pembuka tirai kepada Kerajaan mutlak BN nanti.

“Jadi kita angkat juga Menteri kita Perdana Menteri kita. Dia Naib Presiden UMNO. Bukan orang luar tah mana-mana. Tak usah segan-segan… Kita hanya ada satu line. Line UMNO,” kata beliau.

Shahril mengingatkan para perwakilan bahawa tugas utama Pemuda UMNO bukan mengajak ahli untuk membenci kelompok dalam parti.

“Tugas kita membakar semangat ahli kita menyerang lawan. Lawan kita PH. Lawan kita PN. Lawan kita Pejuang. Lawan kita MUDA. Lawan kita Warisan.

“Tengok di Johor, mereka ini semua, sepakat menyerang kita. Pembangkang kita ni, ada satu sifat. Dia gaduh, tapi masuk PRU kejap saja dia boleh bergabung. Tak mustahil esok partiparti ini bekerjasama atas semangat ABU – Asalkan Bukan UMNO. PRU boleh jadi 2 penjuru – BN vs parti lain yang bergabung.
Jangan selesa.

“Jangan bazir peluru kerana takut bayang-bayang sendiri dalam khemah yang sama. Angkat sesama kita. Bukan lontarkan batu-batu kebencian dengan
bermacam label. Asal ada benda tak kena selera kita, kita hasut dengan label kluster mahkamah. Asal ada orang dianggap pesaing bawa rentak sedikit berbeza, kluster abah.

“Kemudian kita kata tiada kelompok antara kita, sedangkan tindakan kita itu sendiri yang mengkelompokkan. Usah mencalar integriti dan maruah sahabat dalam parti. Bukan itu cara nak menang,” kata beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat