Tengku Zafrul Nafi Khabar Angin Letak Jawatan Menteri Kewangan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau sudah meletak jawatan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ketidakhadirannya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Tengku Zafrul berkata, beliau secara peribadi tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan pada sesi itu pagi tadi.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telahpun dimaklumkan semalam.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media, gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul dan bukan menghebahkan khabar angin,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Jelas beliau, mengikut prosedur operasi standard (SOP) soalan MQT, hanya Menteri sahaja yg boleh memberikan jawapan dan ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain.

Tengku Zafrul berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kerana membacakan jawapannya pada sesi MQT pagi tadi.

“Saya meminta maaf kepada Padang Serai, Tumpat dan Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat