Mat Sabu jumpa Musa Aman maklum usaha perkasa pertanian Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Istana Negeri Sabah.

Menurut Mohamad, Kunjungan ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan usaha kementerian dalam meningkatkan sektor pertanian di Negeri Sabah.

“Dalam pertemuan ini, saya turut berkongsi pelbagai inisiatif dan strategi yang dirancang bagi memperkukuhkan industri pertanian negeri, termasuk usaha mempertingkatkan produktiviti, memperluaskan pasaran hasil pertanian, serta memperkukuh keterjaminan makanan di Sabah.

“Selain itu, kunjungan hari ini juga sebagai platform bagi mengumumkan pemilihan Sabah sebagai lokasi bagi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025,” kata Mohamad dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Kata beliau, pemilihan ini adalah pengiktirafan kepada Sabah sebagai salah satu negeri yang berpotensi besar dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan.

“Penganjuran HPPNK 2025 di Sabah diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada para peladang, penternak dan nelayan tempatan untuk memperluaskan jaringan pasaran serta memperkenalkan produk pertanian negeri ke peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus komited dalam usaha memperkukuhkan sektor pertanian negara dan memastikan keterjaminan makanan yang mampan untuk kesejahteraan rakyat, kata Mohamad lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat