Siti Kasim Akan Tanding PRU15 Di Parlimen Batu

- Advertisement -

PETALING JAYA – Gerak Independent (GERAK) mengumumkan kumpulan pertama calonnya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan kawasan akan ditandingi mereka.

GERAK ialah inisiatif bersama yang diketuai Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (MAJU) dengan NGO lain bagi mendesak calon bebas menjadi Ahli Parlimen pada PRU15. Gerakan itu sebelum ini mengumumkan enam calon bebasnya untuk PRU15.

Enam calon itu adalah peguam hak asasi manusia dan aktivis Siti Kasim, bekas Ahli Parlimen Umno di Sungai Benut Tawfik Ismail, bekas wartawan Charles CJ Chow, penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam, aktivis KJ John dan peguam di Sabah Roland Cheng.

Kawasan akan ditandingi mereka adalah Siti Kasim (Batu), KJ John (Petaling Jaya), Raveentheran Suntheralingam (Wangsa Maju), Charles CJ Chow (Subang) dan Roland Cheng (Kota Kinabalu).

Tawfik tidak mengesahkan kerusi mana beliau akan bertanding, tetapi memberi bayangan sama ada di Langkawi, Pagoh, Ampang, Mersing atau Simpang Renggam.

Ditanya kenapa GERAK menyasarkan kerusi yang dikuasai pembangkang, Siti berkata, gerakan itu mahu bersaing di “tempat kurang berprestasi di mana katak berkembang”.

Siti berkata, GERAK akan meletakkan kira-kira 10 calon untuk PRU15.

“Kami sedang mengenal pasti calon lain dan akan mengumumkan nama mereka kemudian,” katanya dalam sidang media hari ini.

GERAK berkata, ia terbuka untuk membentuk pakatan strategik dengan parti lain atau individu “sehaluan” untuk meneruskan perjuangannya dalam usaha menjadikan negara ini lebih adil kepada semua.

Orang ramai boleh melihat profil calon di aplikasi mudah alih GERAK (Gerak App) yang bertujuan meningkatkan komunikasi antara rakyat dan calon bebas. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat