Bintang Bollywood, Bappi Lahiri meninggal dunia

- Advertisement -

NEW DELHI: Komposer dan penyanyi Bollywood, Bappi Lahiri meninggal dunia pada usia 69 tahun di Hospital Mumbai.

Lahiri sebelum ini menjalani rawatan dikenali OSA (obstructive sleep apnea) dan jangkitan pada paru-paru.

Beliau dibenarkan pulang dari hospital, Isnin lalu selepas sebulan dirawat. Namun, dimasukkan semula ke hospital, semalam.

Lahiri pernah dijangkiti COVID-19, tahun lalu.

Lahiri yang mempopularkan muzik disko pada 1980-an dan 1990-an, sering tampil memakai rantai emas yang terlalu sarat.

Dilahirkan di Bengal Barat, Lahiri pernah bertanding di kerusi Parlimen di negeri kelahirannya sebagai calon Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Pilihan Raya Umum 2014, namun, tewas. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat