Tarif air naik purata 22 sen, Semenanjung & Labuan — SPAN

- Advertisement -

CYBERJAYA — Pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari 2024.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelarasan tarif ini melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

“Di bawah TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Justeru, SPAN berkata, melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

“Ini seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna.

Selain itu, SPAN menjelaskan kenaikan ini sebenarnya masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022.

“Walau bagaimanapun, bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator bekalan air di negeri masing-masing disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada iaitu memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40,” katanya.

SPAN turut menyeru semua pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat.

“Menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN, memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing
dan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air
alternatif untuk kegunaan bukan minuman,”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat