Kepelbagaian Rakyat Jadi Sumber Kekuatan Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di kalangan rakyat negara ini saling diraikan dan menjadi antara sumber kekuatan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, tanah air ini penuh keharmonian, silang budaya dan rakyatnya saling hormat menghormati.

Menerusi status di Facebook itu beliau mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat India beragama Hindu dan menyeru agar perayaan itu disambut dengan penuh pengertian mendalam bersama keluarga tersayang.

“Esok masyarakat India beragama Hindu akan menyambut perayaan Thaipusam. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat seluruh penganut Hindu di Malaysia.

“Sambutlah perayaan ini dengan penuh pengertian yang mendalam, di samping menyambutnya bersama keluarga yang tersayang.

“Terapkan perayaan dengan amalan norma baharu, untuk keselamatan diri kita, keluarga dan masyarakat kita. Selamat menyambut Hari Thaipusam,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat