Kerajaan Sepatutnya Isytihar Darurat Kesihatan – Mohamad Hasan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Sri Mohamad Hasan,

Mohamad berkata keputusan Kerajaan menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara dari pandemik COVID-19.

“Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat  untuk memastikan pandemik ini terkawal.

“Alangkah baik jika Kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook beliau.

Mohamad berkata Malaysia memang sedang berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Menurut beliau, ketika ancaman wabak itu semakin memburuk dan ekonomi menguncup, negara ini diletakkan dalam keadaan darurat dengan perlembagaan dan parlimen digantung fungsinya.

Katanya, hanya melalui penguatkuasaan strategi kesihatan yang betul kerajaan boleh mengawal pandemik Covid-19.

Misalnya kata Mohamad dengan menyegerakan proses imunisasi dan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.

“UMNO akan menyokong segala usaha Kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian itu tiada tawar menawar.

“Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan fungsi Perlembagaan,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau itu berkata, demokrasi mesti dipertahankan dan tidak boleh dikalahkan sama ada oleh wabak atau apa saja cabaran yang dihadapi negara.

“Negara akan menjadi adil apabila perlembagaannya diletakkan sebagai undang-undang tertinggi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat