3,339 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi Harian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 3,324 kes merupakan penularan tempatan manakala kes import pula sebanyak 15.

Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.

Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 1,314 kes, diikuti Sabah (393 kes) dan Johor (362 kes).

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sejumlah tujuh kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian kini adalah 601 kes.

Sementara itu, kes pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu adalah 2,676 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ada 120,051 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat