Thaksin penasihat peribadi Anwar bantu ASEAN 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan negarawan sepertinya untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau.

“Saya juga bersetuju untuk melantik beliau (Thaksin) sebagai penasihat peribadi saya, (membantu Malaysia sebagai) Pengerusi ASEAN, bersama pasukan dari negara ASEAN dalam kerangka tidak rasmi.

“Terima kasih kerana (Thaksin) bersetuju dengan perkara ini, kerana kami memerlukan manfaat daripada pengalaman seorang negarawan seperti beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat