PAS tak tumpang kekuatan UMNO, Bersatu tapi penyatu utuhkan politik Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS bukanlah parti tidak berpendirian mahupun menumpang kekuatan parti lain seperti didakwa.

Sebaliknya parti itu menjadi jambatan penyatu buat UMNO dan Bersatu bagi memastikan keutuhan politik Melayu di negara ini,” tegas Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, kerjasama serampang dua mata yang diguna pakai PAS memainkan peranan titik tengah tanpa perlu membuang salah satu parti itu yakni sama ada UMNO atau Bersatu.

“Dalam erti kata lain, PAS menjadi titik tengah, kita tidak pernah mengetepikan atau membuang salah satu daripadanya.

“Kedua-duanya mesti bersama di bawah satu payung kerana kita tahu dengan ketiga-tiga ini (PAS, Bersatu, UMNO) bersatu maka insyaAllah, wabi’iznillah, dengan izin Allah, Pakatan Harapan (PH) tidak akan ada harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU15),” katanya memetik Astro Awani.

Sepanjang 70 tahun bertapak dalam arena politik negara, hubungan PAS dengan UMNO sentiasa bertaut, sama ada menjauh atau mendekat sahaja kerana kalau dilihat sejarahnya, kedua-duanya dari akar yang sama.

Maka apa pun berlaku, kata Khairil, PAS akan tetap berusaha memastikan hubungan itu terjalin malah cuba untuk mencari titik temu yang dapat mengeratkannya lagi untuk bergerak menuju PRU15 dan ke hadapan.

“PAS akan terus berusaha menyatukan UMNO dan juga Bersatu di bawah satu perikatan, satu gabungan di dalam PRU15 tanpa mengetepikan rakan-rakan daripada NGO dan pempengaruh, yang boleh bersama dengan prinsip kesepakatan PAS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat