Tuan Ibrahim dinobat antara 7 menteri alam sekitar terbaik Asia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf sebagai antara tujuh Menteri Alam Sekitar terbaik di Asia oleh majalah Asia Bussines Info.

Selain beliau, Dr. Ir, Siti Nurbaya Bakar dari Indonesia, Masagos Zukifli (Singapura), Prakash Javadeka (India), Issa Kalantari (Iran), Cavid Parker (New Zeland) dan Cho Myung (Korea Selatan) juga dipilih sebagai menteri alam sekitar terbaik oleh majalah yang sama.

Pengiktirafan yang diterima Tuan Ibrahim yang mengharumkan nama negara itu sudah tentu menerima pujian ramai.

Bagaimanapun memetik laporan Malaysia Gazette, tidak semua memuji Timbalan Presiden PAS itu dan mempertikaikan atas kapasiti apa pemilihan dibuat sedangkan belum sampai setahun Tuan Ibrahim memegang jawatan berkenaan.

Salah seorang yang sinikal ialah pejuang alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

“Tak tau nak kata apa. Nak tanya Dato Seri dah buat apa tentang penjagaan alam sekitar? Makin teruk adalah. Kami NGO nak jumpa pun susah,” kata pemilik resort Tanah Aina itu menerusi Facebooknya hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat