PRN Sabah : Pertembungan GRS–PH, BN–PH cuma ‘friendly fight’ – Anwar

KOTA KINABALU — Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pertembungan melibatkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai sesuatu yang tidak luar biasa dan sebahagian daripada dinamika politik tempatan.

Menurut beliau, Sabah mempunyai corak politik tersendiri, termasuk kekuatan akar umbi berbeza mengikut kawasan, yang menyebabkan beberapa kerusi menyaksikan pertandingan sesama rakan gabungan.

“GRS–PH, BN–PH… itu satu dua kerusi ‘friendly fight’, okay,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi sarapan pagi dan sembang santai bersama pengamal media di The Magellan Sutera Resort, pagi tadi.

Empat kerusi dilaporkan berlaku pertindihan melibatkan GRS-PH dan BN-PH, antaranya di Kemabong, Bandau, Moyog dan Karamunting.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat