Nafesa – memartabatkan keanggunan wanita melalui koleksi The Alhambra Monogram

Landskap fesyen Muslimah tanah air menyaksikan sebuah lagi detik bermakna apabila jenama baharu, Nafesa, dilancarkan secara rasmi dalam majlis penuh gaya yang menghimpunkan para media, selebriti dan ratusan ejen Saudagaar Asia. Majlis turut diserikan dengan pertunjukan fesyen ringkas yang menampilkan rekaan sulung Nafesa, memperkenalkan identiti jenama yang berteraskan keanggunan, warisan dan kekuatan seorang wanita.

Nafesa bukan sekadar sebuah jenama fesyen, tetapi lahir daripada kisah peribadi yang mendalam. Nama Nafesa diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof, yang menjadi lambang kelembutan, ketabahan dan nilai murni seorang wanita yang membesarkan anak dengan kasih penuh pengorbanan. Ilham penubuhan Nafesa tercetus ketika pengasas berada di Arafah, dalam suasana penuh syahdu dan doa. Kerinduan kepada ibu serta rasa syukur atas segala jasa dan doanya telah menimbulkan keinginan untuk menghadiahkan sesuatu yang berkekalan  sebuah jenama yang membawa namanya.

Mengangkat identiti wanita moden yang profesional, yakin dan berdikari, Nafesa direka untuk wanita yang mahu tampil anggun sambil mengekalkan nilai elegan yang tidak lapuk dek zaman. Pemilihan ikon legenda, Noor Kumalasari, sebagai Nafesa Première Showcase Muse menguatkan lagi kempen pelancaran. Pesona dan karisma beliau melambangkan kesempurnaan gabungan antara warisan klasik dan sentuhan moden yang ingin dibawa oleh Nafesa.

Pada majlis yang sama, Nafesa memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram, koleksi sulung yang mendapat inspirasi daripada seni bina Istana Alhambra di Granada. Seni geometri Islam, ketelitian ukiran dan keindahan kesenian Andalusia diterjemahkan ke dalam motif monogram eksklusif yang melambangkan kecantikan, kekuatan dan ketelitian seorang wanita.

Koleksi ini menggunakan fabrik satin premium yang lembut, tidak panas, ringan dan mudah dibentuk. Warna-warna dipilih teliti mengikut tona kulit wanita Asia, manakala cetakan berkualiti tinggi memastikan corak kekal jelas dan eksklusif. Pembungkusan mewah pula menjadikan setiap helaian sesuai dijadikan hadiah istimewa atau koleksi premium peribadi.

Lebih daripada itu, Nafesa diwujudkan sebagai satu platform peluang dan ruang untuk wanita menjana pendapatan, meningkatkan keyakinan diri dan memasuki dunia keusahawanan melalui rangkaian Saudagaar Asia. Dengan sistem ejen sedia ada yang kukuh, Nafesa dijangka menjadi salah satu jenama yang bakal membuka lebih banyak pintu rezeki khususnya kepada wanita.

Di sebalik pelancaran penuh emosi ini berdirinya sosok yang membawa misi besar: Tuan Haji Said Saiful Fazli Said Aluwi, seorang usahawan berjiwa besar yang membina perjalanan bisnesnya dari bawah dengan penuh ketekunan.

Beliau sebelum ini dikenali sebagai pengasas kepada sebuah perniagaan cokelat premium yang berkembang pesat, dan selama bertahun-tahun dipacu oleh kekuatan ejen yang besar di bawah platform Saudagaar Asia. Namun, pengalaman spiritual ketika menunaikan haji telah membuka pintu baharu dalam visi keusahawanan beliau.

Dalam satu sesi bersama media, Tuan Haji Said berkongsi bagaimana perjalanan di Tanah Suci memberi kesedaran mendalam tentang besarnya jasa seorang ibu dan bagaimana setiap kejayaan yang dikecapinya adalah hasil doa serta sokongan ibu yang tidak pernah putus. Janji ibu beliau sebelum keberangkatannya ke Mekah, nasihat dan pesanan yang sarat kasih sayang, serta rutin perbualan harian bersama ibu ketika di tanah suci akhirnya menjadi pemangkin kepada kelahiran Nafesa.

Keberanian beliau menambah cabang baharu ke dalam syarikat  walaupun sudah berjaya dalam industri makanan menjadi bukti komitmen terhadap visi jangka panjang Saudagaar Asia sebagai syarikat pemasaran langsung yang mempunyai pelbagai jenama kukuh di bawah satu bumbung.

Majlis pelancaran ditutup dengan suasana penuh emosi dan inspirasi. Tetamu bukan sahaja dapat melihat kecantikan setiap helaian tudung, malah merasai sendiri cerita dan nilai yang mendasari jenama Nafesa. Pelancaran ini menandakan bermulanya era baharu dalam perjalanan Saudagaar Asia  sebuah legasi yang bermula daripada kasih seorang ibu, diterjemahkan melalui ilham seorang anak, dan kini diperluas kepada wanita di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat