YBR raih anugerah ACES 2024 atas dedikasi bantu rakyat terpinggir

- Advertisement -

BANGKOK – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah dipilih menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024, yang berlangsung di sini, Jumaat lalu.

Menurut penganjur, YBR diberi anugerah ini atas inisiatif membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah melalui program pendidikan dan kemasyarakatan sepanjang tahun 2023.

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Bangkok telah disempurnakan oleh Rakan Kongsi Pengurusan, Aubrens Sdn. Bhd, Dr. Jayanthi Desan dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Naterial Concept; Business Leader, Adeo Group; dan Penasihat Anugerah ACES, Luis Bueno Nieto.

Hadir menerima penganugerahan ini, Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Sementara itu Pengerusi YBR menganggap anugerah tersebut merupakan mercu tanda pencapaian YBR dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“Pengiktirafan ini merupakan bukti kesungguhan YBR serta komitmen dalam pemerkasaan masyarakat yang signifikan dengan matlamat pembangunan kelestarian di Malaysia”.

“Kami akan sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui pendidikan,” kata Philip melalui satu kenyataan media YBR.

Philip turut menambah, penghormatan yang diberikan ini membuktikan dedikasi YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik serta sebagai penanda aras untuk terus berbakti dan memacu negara ke peringkat seterusnya.

Dikesempatan ini, YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

Tambah beliau lagi, sepanjang tahun 2023 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat