SPR Ambil Inisiatif Tambah Satu Peti Undi Di Kawasan Tujuh atau Lebih Calon Bertanding

- Advertisement -

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif menambah satu peti undi bagi 11 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, peti undi tambahan itu dilaksanakan bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang mempertandingkan tujuh atau lebih calon.

Menurutnya, Parlimen terlibat adalah Alor Setar; Sungai Siput; Ampang; Bangi; Sungai Buloh; Kapar; Klang; Kota Raja; Sepang; Batu dan Chenderiang.

“SPR ingin memaklumkan pelaksanaan penggunaan satu peti undi tambahan di bahagian-bahagian pilihan raya yang mempertandingkan tujuh atau lebih calon.

“Penambahan satu peti undi ini di setiap saluran adalah perlu setelah mengambil kira saiz kertas undi yang disediakan adalah lebih besar.

“Ia memerlukan ruang yang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi pada hari mengundi kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada Sabtu ini bagi menentukan mandat 222 kerusi Parlimen seluruh negara.

PRU15 juga mencatatkan sejarah apabila seramai 945 calon disahkan layak bertanding iaitu jumlah calon teramai yang pernah direkodkan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat