Dakwaan PH Menang 100 Parlimen Hanya Perang Psikologi Untuk Pengaruhi Undi – Mahdzir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dakwaan Pakatan Harapan (PH) kononnya hampir memenangi 100 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya merupakan perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi, lapor Sinar Online.

Memetik laporan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ramalan atau tindakan seperti itu sememangnya bukan perkara baharu terutama menjelang hari pengundian.

Beliau berkata, pendekatan itu sering digunakan oleh parti lawan untuk melemahkan psikologi parti yang akan ditentangi dalam pilihan raya.

“Semua parti ada perkiraan sendiri tetapi mana yang tak menang itu, katakan sajalah tak menang. Bagi saya tindakan seperti itu merupakan satu peperangan psikologi semata-mata.

“Pihak BN pun, kami ada perkiraan sendiri. InsyaAllah, BN boleh menubuhkan kerajaan di Persekutuan,” katanya, selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang pada Rabu.

Mahdzir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam ceramah di Balik Pulau, Pulau Pinang yang mendakwa, gabungan tersebut semakin hampir memenangi 100 kerusi Parlimen ketika kempen PRU15 semakin ke penghujung.

Mahdzir yang merupakan penyandang Parlimen Padang Terap berkata, seperti parti-parti politik lain, Rafizi mahupun PKR sudah tentu mempunyai kiraan dan culaan sendiri dalam menghadapi saingan PRU15.

“Kita juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan angka yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15 nanti,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat