LALUAN ECRL : PH FITNAH JALALUDDIN

- Advertisement -

Jelebu: Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias mahu kerajaan mengekalkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melalui daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Jalaluddin berkata, jajaran ECRL pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat perlu dikekalkan atas faktor pembangunan daerah dan impak ekonomi yang bakal diperolehi penduduk Jelebu.

Beliau mahu jajaran projek mega yang dilancarkan pada 2017 itu tetap melalui daerah ini.

“Saya akan memperjuangkan supaya ECRL melalui daerah ini biarpun hak menentukan laluan itu terletak kepada kerajaan.

“Kita menyambut baik apabila jajaran ECRL yang baharu itu melalui Jelebu kerana ia akan menjadikan daerah ini semakin maju dan tidak ketinggalan berbanding daerah lain.

“Saya akan perjuangkan agar jajaran ECRL melalui daerah ini dan tetap mengesyorkan kepada Kementerian Pengangkutan agar laluan itu dikembalikan ke Jelebu,” katanya ketika mengulas serangan dari pihak lawan yang mengatakan bahawa Jalaluddin tidak pernah memperjuangkan isu ini untuk rakyat di Jelebu sebelum ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan dalam siri ceramahnya di Jelebu menyatakan bahawa Jalaluddin tidak berusaha untuk membawa jajaran ECRL itu ke Jelebu, setelah ia dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Selaku penyandang kerusi Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali berkompromi dan bersikap prejudis dalam apa jua perkara yang mampu memberi manfaat besar kepada kesejahteraan hidup rakyat.

Justeru, dalam isu jajaran ECRL ini beliau akan terus pertahankan hasratnya untuk mengembalikan semula laluan berkenaan ke Jelebu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat