Jika BN menang Ahmad Zahid tidak boleh jadi PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sabtu ini.

Menurut Ismail Sabri, isu siapa jadi Perdana Menteri selepas PRU-15 tidak sepatutnya timbul, sebab isu tersebut telah diputuskan secara tuntas dalam UMNO.

“Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ataupun sebelum PAU ini, saya sebut Majlis Tertinggi (MT) dulu. MT telah buat keputusan sebulat suara. MT memutuskan saya sebagai calon Perdana Menteri kalau BN menang PRU-15, saya, calon PM.”

“Perkara ini juga dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Jawatankuasa tertinggi BN yang mana semua komponen bersetuju daripada segi cadangan mencalonkan saya sebagai PM. Autoriti tertinggi dalam parti kita adalah PAU yang sebulat suara memutuskan saya sebagai PM,” tegas Ismail Sabri dalam wawancara Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang disiarkan malam tadi oleh semua rangkaian televisyen utama negara.

Naib Presiden Umno tersebut turut menyatakan pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri turut diluluskan oleh mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian 2022.

“Daripada 190 bahagian yang boleh bermesyuarat, 156 bahagian membuat usul mencadangkan saya sebagai calon PM selepas PRU-15. Daripada segi parti, sudah tidak ada isu, sudah tidak ada soal timbul siapa yang lain dan sebagainya kerana semua peringkat parti telah buat keputusan.”

“Kalau kita sebut perwakilan bahagian, yang mewakili mesyuarat perwakilan bahagian ialah ketua atau wakil cawangan, maknanya sampai ke grassroot (akar umbi) pun bersetuju supaya saya jadi PM. Apabila timbul isu ini, yang kita nampak tujuannya adalah untuk melaga-lagakan saya dengan Presiden UMNO,” tambah Ismail Sabri.

Dalam wawancara tersebut Perdana Menteri turut meyakinkan pengundi beliau adalah satu-satunya calon Perdana Menteri Barisan Nasional seperti mana yang disuarakan oleh parti-parti komponen.

“Semua presiden komponen BN membuat statement (kenyataan). Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, membuat kenyataan bahawa MCA sebulat suara bersetuju dengan saya. Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mengatakan MIC sebulat suara bersetuju dengan saya. Datuk Arthur Joseph Kurup yang mewakili parti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga menyatakan yang sama,” tegas Ismail Sabri lagi. -SUARA.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat