Laut Luas, Tambak Tak Kacau Aktiviti Nelayan – Ab Rauf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek penambakan laut yang menjadi kontroversi di Melaka tidak menganggu nelayan dan aktiviti perikanan di negeri itu,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Jelasnya, meskipun terdapat projek-projek penambakan laut di perairan Melaka, nelayan masih boleh menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa kerana kawasan laut luas dan tidak hanya terhad di kawasan penambakan.

Memetik Malaysiakini Ab Rauf berkata, isu penambakan laut di negeri bersejarah itu merupakan perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri, yang bertujuan untuk menarik para pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

“Jadi, dengan adanya tambah nilai penambakan laut ini, banyak pelabur yang datang untuk melabur dalam industri perhotelan, dalam bentuk perindustrian dan ia telah memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan negeri.

“Tetapi nelayan boleh lagi meneruskan kehidupan sebagai nelayan kerana laut tu luas, bukan sahaja di dalam kawasan ditambak ini.

“Walaupun ada kesan, tetapi kerajaan negeri akan memberikan perlindungan untuk mereka ini supaya pembangunan itu boleh dimajukan dan pendapatan mereka tidak terjejas,” katanya memetik portal itu.

Rauf yang juga calon DUN BN Tanjung Bidara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu nelayan yang terjejas dengan projek tambakan, di mana rata-rata daripada mereka lebih bimbang dengan nasib mereka sebagai nelayan di negeri itu berbanding parti politik yang bakal mengambil alih kerajaan baru tidak lama lagi.

“Saya nak menjawab soalan ni supaya kita lebih terbuka. Isu tambak laut ini bukan zaman kita (BN) yang tempoh 19 bulan ni, tambak laut ni dah berlaku sejak 20 tahun terdahulu oleh perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi menjadikan kawasan koridor tambakan ini sebahagian daripada sumber ekonomi negeri untuk tarik pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan rungutan nelayan di negeri itu terhadap beberapa projek penambakan laut beberapa tahun kebelakangan ini yang diteruskan tidak mengira parti politik yang memerintah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat