Fathul Bari Ganti Shahidan Sebagai Pengerusi PR1MA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya kini dilantik Pengerusi baru Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dilantik mengetuai PR1MA bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

PR1MA dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Fathul Bari berkuat kuasa pada 12 November lalu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Dr Fathul Bari di atas pelantikannya sebagai Pengerusi baharu PR1MA.

“Dengan pelantikan ini, kami di PR1MA yakin dan optimis bahawa Dr Fathul Bari akan memacu pembangunan PR1MA, yang kini berada pada asas yang kukuh, sejajar dengan misinya yang dimandatkan untuk menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd Nazri Md Sharif.

Dr Fathul Bari mempunyai ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadis daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat antaranya sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Industri Malaysia-Asia Barat (MyMEC) sejak 2017, Pengerusi Eksekutif Prime Care Medical Centre sejak 2021, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejak 2020, Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2020 selain pelbagai pembabitan dalam aktiviti sosial dan komuniti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat