1,103 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, 544 Jangkitan Di Lembah Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 di Malaysia masih merekodkan empat angka dengan 1,103 kes sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 48,520 kes dengan kadar kebolehjangkitan sebanyak 12,601 kes.

Menurutnya, negeri di Lembah Klang mencatatkan 544 kes positif hari ini dengan 484 kes (89.0 peratus) adalah daripada kluster sedia ada.

“Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes.

“Sabah pula mencatatkan sebanyak 288 kes daripada keseluruhan kes positif dan penurunan kes positif ini menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang sudah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes pulih sebanyak 821 kes hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 35,606 kes.

Katanya, sebanyak empat kematian dicatatkan hari ini membabitkan masing-masing dua lelaki dan wanita berusia antara 46 hingga 73 tahun.

Noor Hisham berkata, mereka yang meninggal dunia mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, paru-paru dan strok.

“Pesakit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Hospital Tawau,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat