ASEAN meterai Perjanjian Rangka Kerja mengenai Keselamatan Petroleum

KUALA LUMPUR, – Negara-negara ASEAN hari ini menandatangani Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Keselamatan Petroleum* sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu menggantikan ASEAN Petroleum Security Agreement (APSA) 2009 dan menjadi tonggak baharu dalam usaha rantau ini memperkukuh keselamatan tenaga serta memastikan mekanisme tindak balas yang lebih bersepadu ketika berlaku gangguan bekalan petroleum dan gas.

Langkah ini menandakan komitmen bersama ASEAN untuk membina sistem tenaga serantau yang berdaya tahan, saling berhubung dan selamat, melalui pendekatan kerjasama yang bersifat sukarela, komersial serta saling menguntungkan.

Di bawah perjanjian baharu ini, Coordinated Emergency Response Mechanism (CERM) yang sebelum ini diwujudkan melalui APSA dikekalkan sebagai mekanisme utama ASEAN dalam menghadapi krisis tenaga. Melalui CERM, negara anggota boleh secara sukarela membekalkan sehingga 10 peratus daripada keperluan petroleum domestik mereka kepada negara lain yang berdepan kekurangan kritikal.

Perjanjian yang dikemaskini ini turut memperluas skop CERM kepada sektor gas asli, selain memperkukuh penyelarasan antara negara anggota dalam situasi kecemasan tenaga.

Mesyuarat AMEM mengiktiraf perjanjian ini sebagai mekanisme penting bagi menjamin keselamatan bekalan minyak dan gas, memperkukuh koordinasi tindak balas kecemasan serta meningkatkan daya tahan rantau ini terhadap ketidaktentuan global.

Selain aspek kecemasan, perjanjian tersebut juga menggalakkan kerjasama jangka sederhana dan panjang dalam penerokaan sumber baharu, kepelbagaian bekalan, serta peningkatan kecekapan tenaga bagi memperkukuh keselamatan tenaga kolektif ASEAN.

Langkah ini melengkapi pelaksanaan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) dan National Energy Transition Roadmap (NETR) Malaysia yang menekankan ekosistem tenaga yang mampan, mampu milik dan boleh dipercayai.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataannya menegaskan bahawa penandatanganan perjanjian tersebut tidak membawa maksud pengiktirafan terhadap State Security and Peace Commission (SSPC) sebagai kerajaan sah Myanmar.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pendirian Malaysia sejajar dengan amalan antarabangsa apabila kesahihan sesebuah kerajaan masih belum dapat dipastikan, bagi memastikan mekanisme sedia ada ASEAN tidak terganggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat