Tun M dirawat di IJN, prosiding kes saman terhadap fitnah Zahid tangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan

Penangguhan ini berikutan bekas Perdana Menteri itu berusia 99 tahun itu dikejarkan ke hospital lewat petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

“Lewat petang semalam kami dimaklumkan Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan,” katanya ketika prosiding.

Mior Nor Haidir berkata, Mahathir diberi cuti sakit sehingga 25 Oktober.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan Mahathir boleh hadir ke mahkamah untuk menyambung perbicaraan pada 29 dan 30 Oktober.

“Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijadualkan untuk dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pada tarikh itu, selain soal balas terhadap plaintif,” katanya.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid, mengesahkan perkara itu.

Techiong membenarkan permohonan melapangkan tarikh perbicaraan hari ini dan esok, memetik laporan media pada Rabu.

Mahkamah turut menetapkan 29 dan 30 Oktober depan, selain 5 dan 6 Disember serta 9 Disember depan untuk sambung perbicaraan kes berkenaan.

Pada 20 Julai 2022, Mahathir memfailkan tuntutan mendakwa Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

Dakwanya, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ dan menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya, selain memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat