Samuel L Jackson kini di lokasi Secret Invasion

- Advertisement -

Los Angeles: Bintang Hollywood, Samuel L Jackson yang melakonkan watak Nick Fury dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU) mengumumkan penggambaran siri Secret Invasion secara rasminya sudah dimulakan.

Jackson menerusi Instagram memuat naik gambarnya yang sedang dalam penggambaran.

“Saatnya kembali bekerja. Senang boleh kembali menyerang #secretinvasion #backwithafury,” tulisnya. Secret Invasion diumumkan tahun lalu sebagai salah satu projek bersiri yang ditayangkan di saluran Disney+.

Siri ini akan berselisih dengan filem MCU yang dibarisi kemunculan sejumlah watak.

Selain Fury ada juga watak Talos yang sudah dikenal pasti dalam MCU yang akan muncul dalam Secret Invasion.

Talos yang juga pemimpin kaum Skrull akan kembali dilakonkan oleh Ben Mendelsohn.

Selain mereka, ia juga dibintangi Emilia Clarke. Namun, sehingga sekarang belum dapat dipastikan watak yang akan dibawakannya.

Secret Invasion diarahkan Thomas Bezucha dan Ali Selim. Masing-masing mengarahkan episod yang berbeza dengan jumlah enam episod sehingga akhir musim siri ini.

Secret Invasion akan memfokuskan pada salah satu kelompok kaum Skrull yang menyusup ke bumi selama bertahun-tahun.

Bersama Nick, Talos berusaha menangani masalah itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat