Penduduk Kampung Repoh Terima Bantuan Lebih RM350,000

- Advertisement -

LARUT – Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Kampung Repoh, Batu Kurau bakal menerima sebuah dewan terbuka yang baharu bagi kegunaan para pelajar dan guru-guru.

Dewan terbuka bernilai RM200,000 itu disumbangkan oleh Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin dalam satu Program Khas Ramah Mesra dan Pemberian Bakul Makanan di sini, pagi tadi.

“Bila dewan ini siap nanti, manfaatkan untuk kegunaan semua orang. Bukan semata-mata untuk sekolah sahaja tetapi juga penduduk Kampung Repoh,” katanya.

Selain itu, Hamzah turut meluluskan dana lebih daripada RM150,000 bagi tujuan penyelenggaran SK Kampung Repoh, membina dan menaiktaraf masjid kampung, penurapan jalan dan pemberian air masyarakat.

Beliau turut menyerahkan bantuan bakul makanan kepada lebih daripada 135 penduduk setempat selain lebih daripada 31,000 bakul makanan kepada seluruh penduduk Larut semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat