Lawrence Wong cetus fenomena

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktor kelahiran Johor Bahru, Lawrence Wong, 32, kini mencuri tumpuan di rantau Asia selepas drama lakonannya, Story Of Yanxi Palace menjadi fenomena seluruh dunia.

Dengan populariti yang diraih memberikan laluan besar kepada pelakon yang pernah mencipta nama di Singapura dan kini menjadi tumpuan di China.

Drama epik 70 episod itu mendapat jumlah tontonan mencecah 15 bilion di platform tontonan digital popular dari China, iQIYI.

Dipasarkan ke lebih 70 negara di seluruh dunia, drama bersiri itu menjadi salah drama televisyen yang terbesar di Asia pada 2018, malah menjadi drama epik popular selepas drama My Fair Princess. Tidak hanya itu, ia juga menjadi siri televisyen yang paling dicari di Google pada tahun yang sama.

Sejak muncul dalam drama arahan Hui Kaidong dan Wen Deguang itu, pengikut akaun Weibo Lawrence dilaporkan melonjak dari 600,000 ke tiga juta. Malah, Lawrence turut mendapat 5,000 surat peminat setiap hari.

Biarpun tidak memegang watak utama, penangan drama yang turut dibintangi Wu Jinyan, Charmaine Sheh, Qin Lan, Nie Yuan, Xu Kai dan Tan Zhuo itu meletakkan nama Lawrence dalam senarai 35 artis berpengaruh di China.

 

Pengikut akaun Weibo Lawrence Wong dilaporkan melonjak dari 600,000 ke tiga juta, malah turut menerima 5,000 surat peminat setiap hari. - Foto IG Lawrence Wong
Pengikut akaun Weibo Lawrence Wong dilaporkan melonjak dari 600,000 ke tiga juta, malah turut menerima 5,000 surat peminat setiap hari. – Foto IG Lawrence Wong

 

Menerusi drama itu, Lawrence memegang watak pengawal diraja, Hai Lan Cha.

Lawrence berkata, banyak kemanisan diraih selepas membintangi drama berkenaan.

“Saya bersyukur dengan nikmat hidup yang diraih. Bagaimanapun, membintangi drama Story Of Yanxi Palace

memberikan cabaran tersendiri.

“Dialog dalam drama ini sangat mencabar kerana ia bukan dialog yang digunakan dalam seharian. Saya dikenali sebagai pelakon yang mudah mengingati setiap baris dialog yang diberikan, tetapi kali ini ia benar-benar mencabar saya.

“Bayangkan, dengan mengenakan kostum yang banyak lapisan dan menjalani penggambaran di Hengdian dengan suhu melebihi 40 darjah celsius. Ia seperti kerja gila. Kami berpeluh setengah mati selepas melontarkan setiap baris dialog.

“Memang sukar untuk menghayati watak kerana selalu terganggu dengan panas dan badan yang berpeluh teruk,” katanya.

Setakat ini iQIYI, platform tontonan digital dari China itu mempunyai lebih dari 100 juta pelanggan tetap dan 500 juta penonton aktif. Bilangan itu dijangka akan meningkat selepas Lawrence menjadi duta antarabangsa, iQIYI pertama pada Ogos lalu.

Lawrence berkata, ramai berpendapat drama Story of Yanxi Palace menjadi kejayaan terbesarnya.

“Ya, memang benar, tetapi saya turut meraikan kejayaan kecil yang dianggap sebagai kejayaan dalam kerjaya saya. Sebagai contoh, pencalonan pertama saya untuk Anugerah Televisyen Asia atau mendapat watak utama pertama di Malaysia dan Singapura.

“Ini juga kejayaan yang tidak pernah saya anggap remeh kerana saya berada di sini hasil daripada kerja sebelum ini. Saya sangat berterima kasih,” katanya.

Penonton boleh mula menonton siri Story of Yanxi Palace dan melihat katalog program iQIYI dengan judul drama China, Korea dan Melayu.

Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton menerusi platform itu termasuklah Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2, Tale of the Nine Tailed, 18 Again, Backstreet Rookie, Love is Sweet dan My Unicorn Girl.

Pelbagai program berbentuk pertandingan rekaan iQIYI pula ialah Youth With You dan The Rap Of China. Sari kata dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin turut disediakan.

Ia boleh ditonton dengan cara penstriman di iQIYI sama ada melalui telefon pintar atau komputer menerusi pautan www.iQ.com atau muat turun aplikasi IQIYI serta daftar akaun pengguna secara percuma.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat