Nama-nama Ahli Parlimen urusan saya dengan Agong, bukan polis : Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan polis membuka enam kes siasatan terhadapnya selain daripada mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun menegaskan, nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya adalah urusan antara beliau dan Yang di-Pertuan Agong bukannya pihak polis mahupun orang awam.

“Saya bersama peguam, Ram Karpal Singh telah ditemu bual, ia membabitkan enam kes disiasat dan umumnya menjurus kepada memohon nama-nama Ahli Parlimen yang menyokong saya diberikan, saya bagi keerjasama sepenuhnya kepada polis terhadap enam siasatan tersebut.

“Tetapi berdasarkan laporan pihak luar, nama-nama yang diminta saya beritahu telah berikan surat pengesahan presiden-presiden parti masing-masing, saya beritahu urusan saya ialah persembahkan kepada Agong bukan polis, pihak politik menteri dalam negeri untuk mengetahui nama-nama tersebut,” katanya selepas dua jam dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengakui rakaman keterangan yang disiasat hari ini turut melibatkan kes liwat.

“Ya ada kes liwat, tapi biasa. Soalan longgar, ia satu rencana politik untuk menekan saya di saat genting seperti ini.

“Ini jelas wujud gangguan politik dan ada arahan politik,” dakwa Anwar.

Beliau bagaimanapun secara keseluruhan berpuas hati dengan rakaman keterangan hari ini dan tiada siri keterangan selepas ini.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat