Hanya Mahathir Boleh Tumbangkan Kerajaan Kata Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas ahli parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik UMNO kerana di dakwa ‘bermain politik’ ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurut Najib kenyataan Mahathir jelas tidak selari dengan tindakan yang dilakukan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan kerajaan PN.

“Dia tegur kita jangan kacau PN dan biarkan kerajaan fokus kepada usaha melawan krisis Covid. Dia kata jika kita kacau, kerajaan PN akan tumbang dan Rakyat akan susah,” katanya melalui satu kemaskini di laman Facebook.

Menurut Najib, pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sering mengeluarkan kenyataan bercanggah seolah-olah negara ini milik Mahathir.

“Petang ini pula, Tun Mahathir dan semua ahli-ahli parlimen parti PETAI failkan usul tak percaya terhadap Muhyiddin untuk tumbangkan kerajaan PN. Pagi dia cakap ini, petang dia cakap itu.

“Nampaknya dalam Malaysia, hanya Tun Mahathir seorang sahaja ada hak untuk tumbangkan kerajaan. Malaysia, dia punya,” bidas Najib lagi.

Terdahulu Mahathir bersama ahli parlimen dari partinya mengemukakan permohonan untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Usul itu dikemukan melalui notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Selain Mahathir mereka yang menghantar usul tersebut ialah Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik; Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Seri Shahruddin Md Salleh.

Usul oleh Dr Mahathir adalah kali kedua selepas bekas Perdana Menteri itu mengemukakan usul yang sama pada Mei lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat