Bayaran BPN 2.0 Akan Mula Dibayar Mulai 26 Oktober -Menteri Kewangan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Sri Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran Bantuan Prihatin Negara (BPN) 2.0 akan mula dikreditkan ke akaun bank penerima mulai 26 Oktober ini.

Menurut beliau, pihak kerajaan peka dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat pada pandemik Covid-19 ini. Sehubungan dengan itu, BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September lepas.

“Inisiatif BPN 2.0 ini bernilai RM7.0 bilion dan akan disalurkan dua fasa iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021,

“Bagi mereka yang belum menerima BPN sebelum ini, permohonan baharu dibuat melalui 15 Oktober 2020,” jelas beliau dalam kenyataan media Kementerian Kewangan sebentar tadi.

Mengikut jadual yang dikeluarkan, BPN 2.0 akan diberikan kepada penerima BPN yang sedia ada iaitu B40 isi rumah RM4,000 kebawah, bujang RM2,000 kebawah, M40 isi rumah RM4,001 hingga Rm8,000 dan bujang RM2,001 hingga RM4,000.

Untuk penerima B40 isi rumah RM4,000 kebawah pembayaran fasa pertama berjumlah RM700, dan fasa kedua pada Januari 2021 berjumlah RM300. Bagi bujang B40, fasa pertama berjumlah RM350 dan fasa kedua RM150.

Manakalah bagi M40, fasa pertama berjumlah RM600 dan fasa kedua berjumlah RM200 dan bujang fasa pertama RM200 dan fasa kedua berjumlah RM100.

“Jumlah keseluruhan untuk pembayaran fasa 1 berjumlah RM4.8 bilion dimana melibatkan 10.6 juta penerima,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat