Syed Husin Ali tidak setuju PKR kerjasama dengan UMNO

- Advertisement -

Syed Husin Ali tidak setuju PKR kerjasama dengan UMNO

CYBERJAYA: Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali menetang keras sebarang usaha membentuk kerjasama dengan UMNO.

Bekas timbalan presiden PKR itu menegaskan sekiranya kerjasama itu diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakpuasan hati majoriti ahli.

“Saya dan mungkin ramai dari pimpinan parti tidak akan menerima kerjasama dengan ahli-ahli Umno yang terlibat dengan rasuah, terutama mereka yang sudah dihukum,” kata Syed Husin yang juga bekas ahli Dewan Negara selama dua penggal.

Kenyataan Syed Husin dikeluarkan ekoran terdapat dakwaan dari kalangan PKR sendiri yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bekerjasama dengan Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen UMNO.

Menurut Syed Husin, mustahil untuk PKR bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang terpalit rasuah, apa lagi yang sudah disabitkan bersalah.

“Saya percaya Anwar sendiri sudah tentu tidak akan menerima kerjasama dengan mereka yang sudah dihukum dan yang terkenal sebagai melakukan korupsi,” katanya lagi.

Selasa lepas, Anwar mengadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selama kurang 30 minit, mendakwa sudah menyerahkan “dokumen sahih” bagi membuktikan sokongannya ‘kukuh dan menyakinkan’ yang beliau perolehi.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Anwar hanya menyatakan jumlah sokongan yang diperolehinya tanpa sebarang senarai ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat