629 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 629 kes baharu COVID-19 telah direkodkan dalam tempoh 24 jam, di mana Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes.

Jumlah terkini kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 6,323 kes.

Berikut merupakan lima perkara penting pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 16 Oktober:

1) 629 kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 18,758 kes.

2) Sabah catat negeri tertinggi kes harian COVID-19 sebanyak 489 kes.

3) Terdapat 245 kes pulih dilaporkan dengan kebolehjangkitan adalah 6,323 kes.

4) Enam kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 176 kes.

5) Tiga kluster baharu dikenal pasti dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan Kluster Merbok. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat