59 Kawasan Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

SHAH ALAM – Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan kawasan di daerah ini dan Klang berterusan apabila Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengumumkan yang terbaharu sebanyak 59 kawasan di sekitar kawasan Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.

Untuk rekod, dua hari lalu, 15 kawasan di Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berdekatan pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang.

Air Selangor dalam kenyataannya hari ini berkata, gangguan bekalan air di tiga kawasan itu berikutan berlakunya insiden paip pecah di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11 di sini.

“Kejadian paip pecah berlaku berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip itu.

“Akibat kejadian itu, 59 kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Barat, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan beberapa kawasan lain.

Dalam pada itu, tambah kenyataan tersebut, beberapa lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terlibat untuk menyalurkan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan paip pecah itu di saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter, aplikasi telefon pintar Air Selangor serta laman sesawang rasmi Air Selangor,” ujarnya. – Utusan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan