Tiada Darurat Kesihatan, PRN Sarawak Tetap Dilaksanakan – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUCHING – Kerajaan tiada pilihan kecuali melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun hadapan walaupun pandemik Covid-19 tampak belum berakhir.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menolak cadangan mengisytiharkan Darurat Kesihatan bagi menangguh PRN Sarawak.

“Kesihatan tidak pernah dinyatakan sebagai keadaan darurat yang pernah diumumkan oleh mana-mana negara di dunia ini untuk mengelakkan tugas konstituensi.”

“COVID-19 dapat ditangani sebenarnya, dengan syarat semua orang bekerjasama seperti melakukan penjarakan fizikal, menggunakan pelitup muka dan mengelakkan tempat yang sesak. Justeru, hal itu (kesihatan) tidak boleh dianggap sebagai hal yang dapat kita nyatakan sebagai darurat,” katanya.

Menurut Wan Junaidi lagi, walapun PRN Sarawak adalah hak prerogatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memutuskannya, namun ia tidak boleh lewat dari Jun 2021.

Wan Junaidi percaya Abang Johari akan mengambil kira faktor peningkatan COVID-19 yang sedang berlaku di negara ini dan ‘landas’(banjir) yang lazimnya melanda Sarawak pada penghujung tahun dalam menentukan tarikh pilihan raya negeri (PRN) itu.

“Ini semua kehendak undang-undang serta perlembagaan dan bukannya kehendak politik. Dalam keadaan sekarang, kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, makanya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang tertentu di semua tempat yang terlibat dengan pilihan raya kelak.

“Kita melihat perkara (pilihan raya) ini bakal berlaku selewat-lewatnya pun pada Jun 2021. Sekarang sudah bulan Oktober 2020. Memang tidak jauh lagi dan sebab itulah persediaan harus bermula dari sekarang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pilihan Raya komponen Gabungan Parti Sarawak, di sini hari ini.

Tempoh mandat kerajaan negeri sedia ada akan tamat pada Jun 2021.

Ditanya sama ada PRN mungkin diadakan hujung tahun ini yang sinonim dengan musim ‘landas’ di Sarawak, Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata secara peribadi beliau akan melihat dari sudut sejarah, sama ada perkara itu pernah berlaku dan jenis cabaran yang dihadapi.

Untuk rekod, Sarawak pernah mengadakan pilihan raya pada penghujung tahun iaitu pilihan raya negeri keempat pada 28-29 Dis 1983. — SUARTV/BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat