Yayasan Bank Rakyat Serah Pampasan Kepada Waris Pelajar Tajaan PPBU

- Advertisement -

SKUDAI – Waris Allahyarham Muhammad Najmi Abd Rahim, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah meninggal dunia pada Mac 2020, menerima pampasan sebanyak RM2,564, hari ini.

Pengurus Jabatan Penajaan Yayasan Bank rakyat (YBR), Khairul Na’im Arifin berkata, Allahyarham merupakan antara 6,408 pelajar yang berjaya menerima tajaan YBR sejak tahun 2017.

Jelasnya pampasan itu merupakan tuntutan takaful yang telah diterima bagi perlindungan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) berjumlah RM12,500 bagi sepanjang pengajian di peringkat diploma.

“Pampasan itu merupakan insurans berkelompok penerima tajaan PPBU YBR yang disediakan bagi setiap pelajar,” katanya ketika menyampaikan lebihan pampasan itu di kediaman arwah di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.

Lebihan pampasan yang diterima telah diserahkan kepada ibu Allahyarham, Siti Norzah Mat Daris, memandangkan waris yang selayaknya menerima baki pampasan tersebut adalah bapa kepada Allahyarham, telah meninggal dunia sekitar Januari 2020 iaitu dua bulan sebelum arwah pergi.

Siti Norzah yang masih menanggung 3 orang anak itu berkata, bantuan yang diterima sedikit sebanyak melegakan bebanan keluarga akibat kehilangan anak tersayang beberapa bulan yang lalu.

“Arwah sering mengadu sakit perut sebelum doktor mengesahkan arwah menghidapi penyakit Ischaemic Bowel.

“Arwah merupakan harapan kami sekeluarga tetapi kami redha Allah lebih menyayanginya,” katanya semasa pihak pengurusan YBR membuat kunjungan bagi menyerahkan bantuan kepada waris.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat