Kerajaan Naikkan Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) – Ismail Sabri

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kerajaan hari ini bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif BWI itu dijangka dapat meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah membabitkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

“Mesyuarat JPBP yang dipengerusikan saya pada 13 September lalu, bersetuju menaikkan kadar BWI daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh JPBP.

“Keputusan menaikkan kadar bantuan ini, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik COVID-19.

“Inisiatif Bantuan Wang Ihsan ini dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ini merupakan pendekatan baharu yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut yang melibatkan negeri-negeri seperti Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Beliau turut memgumumkan Peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Negeri Sabah, berjumlah RM 18,241,250.00 bertujuan melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas sentiasa dipelihara.

“Peruntukan ini adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM 160,000.00), Pembelian 2,500 unit C-Tent(RM 961,250.00), Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(RM 20,000.00), Operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000.00) dan Pengurusan operasi COVID-19 di negeri sabah(RM16,000,000.00),” katanya,

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang semalam dan berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Atas dasar prihatin dan tanggungjawab kepada kerajaan negeri yang menghadapi kesukaran menguruskan bencana Monsun Timur Laut sepanjang tahun, peruntukan Perbelanjaan Operasi Dalam MTL 2021/2022 juga akan disalur menggunakan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara berjumlah RM9.5 juta bagi membantu kelancaran proses dan memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.

Selain itu, pendekatan baharu turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan antara lain ialah berkenaan pembangunan sistem eSumbangan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada mangsa bencana.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, malam ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat