Filipina Buka Semula Biro Borneo Utara Untuk Tuntut Sabah – Teodoro Locsin

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

PETALING JAYA – Filipina semalam mengesahkan ia akan membuka semula Biro Borneo Utara “selepas menyedari seluruh dunia lupa tuntutan Sabah kami”.

Portal berita Filipina, Inquirer.net melaporkan Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodoro Locsin Jr membuat pengumuman itu ketika pendengaran jawatankuasa mengenai pengasingan bajet yang dicadangkan untuk Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA).

Locsin dipetik sebagai berkata, “kami tidak lupa” dan “ia membabitkan maruah kami”.

“Ketika kami berusaha melindungi perairan kami, kami tidak lupa wilayah daratan kami. Dalam usaha mendapatkan apa yang menjadi milik kami, saya memutuskan untuk menghidupkan semula Biro Borneo Utara selepas menyedari seluruh dunia lupa tuntutan Sabah kami, dengan kasual menyebutnya wilayah negara lain. Tetapi, kami tidak lupa.

“Ini satu daripada beberapa perselisihan antarabangsa yang kami boleh lakukan demi kepentingan terbaik kami tanpa sebarang risiko kerugian kepada negara kami. Ia membabitkan maruah kami.

“Sekarang, kami akan menghidupkan semula biro itu dan memastikan tiada sesiapa dibenar mempertikaikan tuntutan itu tanpa tentangan daripada kami.”

Malaysia dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

Julai lalu, Locsin mendakwa Sabah “bukan dalam Malaysia” dan calon presiden Filipina menawarkan rasuah “besar” kepada pegawai selama bertahun-tahun untuk menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah.

Ia disusuli dengan catatannya di Twitter pada 31 Ogos lalu untuk menghidupkan semula Biro Borneo Utara di bawah DFA yang dikhaskan untuk usaha menuntut kembali Sabah.

Portal itu melaporkan ketika pendengaran semalam, Locsin turut ditanya mengenai status penubuhan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) pada 1994 untuk memacu pembangunan di kawasan terpencil dan kurang maju di 4 negara anggota Asean itu.

“Ia sudah lama tidak aktif, tetapi sekarang kami bersetuju menghidupkannya semula, saya rasa, malah beberapa kebimbangan khusus kami seperti Sabah. Itu juga tidak ditangani buat sementara yang saya tidak pernah setuju dengannya.” – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...