Siasat Trio Shafie Apdal Kes Aset MARA Di Australia – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan gesaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula isu berkaitan pembelian aset Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia pada 2012.

“Ahli Parlimen Johor Bahru (PKR) dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) telah membuat gesaan terbuka supaya SPRM mengambil tindakan segera, berikutan mahkamah Australia di Melbourne telah mendakwa beberapa individu tertentu (rakyat Malaysia) berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan di Melbourne oleh anak syarikat Mara Incorporated Sdn Bhd pada tahun 2012 dan 2013.

“Saya menyokong gesaan kedua-dua Yang Berhormat tersebut dan berharap pihak SPRM dapat bertindak segera ‘without fear or favour’ dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Saya percaya beberapa perkara yang telah berbangkit di mahkamah Australia berkenaan kes ini, turut melibatkan “Maklumat Baru” yang sememangnya menuntut dan membolehkan SPRM membuka semula penyiasatan mereka yang terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, isu pembelian aset itu berlaku sebelum beliau mengambil alih jawatan Pengerusi MARA.

“Saya dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 menggantikan Datuk
Seri Idris Jusoh.

“Pembelian aset-aset tersebut telah berlaku antara tahun 2012 hingga Mac 2013 iaitu sebelum saya dilantik sebagai Pengerusi Mara,” katanya.

Isu pembelian aset itu menjadi kontroversi apabila media Australia sebelum ini mendedahkan sayap pelaburan MARA membeli hartanah di negara itu melebihi harga pasaran asal.

Harga asal hartanah itu ialah A$17.85 juta, namun dijual pada harga A$22.6 juta, di mana sejumlah A$4.75 juta dibayar atau dijanjikan kepada orang tertentu dengan niat untuk mempengaruhi pegawai awam Malaysia untuk menjamin jualan hartanah berkenaan.

Mengulas lanjut, Annuar turut memberitahu pembelian aset berkenaan pada waktu itu diluluskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, yang kini adalah Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah.

“Waktu itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara adalah Datuk Dr Yusof Yaakob (kini Menteri Negeri Sabah), Pengerusi Mara Inc pula adalah Dato Lan Alani dari Semporna Sabah.

“Sementara Menteri yang menjaga MARA dan yang turut  meluluskan pembelian adalah Dato Seri Shafie Afdhal (kini Ketua Menteri Sabah).

“Saya percaya kesemua mereka boleh membantu penyiasatan SPRM,” ujarnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat