Gaji kumpulan Pelaksana, Profesional naik 15 peratus, pegawai tertinggi 7 peratus – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara secara berfasa bermula 1 Disember 2024.

Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak 7 peratus juga dilaksanakan secara berfasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.

“Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.

“Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.

“Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat boleh guna akan jauh kurang,” katanya mengumumkan berita itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di Putrajaya pada Jumaat.

Anwar berkata, penjawat awam yang sedia berkhidmat akan diselaraskan gaji pada 1 Disember 2024.

Selain itu, beliau berkata, pencen akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan gaji akhir pesara.

“Seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

“Justeru, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8peratus hingga 42.7peratus, mengambil kira faedah berganda (compounding effect).

“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak. Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat.

“Saya berharap sektor swasta terutamanya syarikat-syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi dapat mencontohi langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dengan mengambil langkah-langkah yang perlu sebagai simbolik menghargai produktiviti dan pengorbanan serta keringat tenaga pekerja syarikat masing-masing

Menurut Perdana Menteri, julat peningkatan pendapatan akan diterima penjawat awam adalah 16.8 peratus hingga 42.7 peratus mengambil kira faedah berganda.
“Sebagai contoh Pembantu Hidupan Liar Gred 11 pendapatan bulanan pada November 2024 sebanyak RM1,795 dan akan meningkat kepada RM2,115 pada Disember 2024 semasa fasa 1 dan pada fasa 2 akan meningkat kepada RM2,327 pada Januari 2026.

“Selain itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41 pendapatan bulanan pada November 2024 sebanyak RM3,838 dan akan meningkat kepada RM4,085 pada Disember 2024 semasa fasa 1 dan pada fasa 2 akan meningkat kepada RM4,559.24 pada Januari 2026,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat