Penggal kali ini terus gear tiga- MB Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mahu berlenggah lagi memajukan negeri Terengganu selepas memperoleh mandat solid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Jika penggal pertama hari itu saya membawa kenderaan dalam gear satu, pada kali ini saya tak masuk gear kedua tetapi terus ke gear tiga.

“Insya-Allah selepas ini kita akan lebih agresif dan bergerak lebih laju berbanding penggal lalu,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

ADUN Ru Rendang itu menegaskan, cara ini akan memberi kesan kepada cara kita bekerja.

“Semua nak lebih pantas dan kita perlu merangka pelan lebih komprehensif dan kerajaan negeri harus menyediakan diri dengan suasana yang lebih mencabar dalam situasi ekonomi sekarang.

“Doakan,” ucap beliau.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat