‘Apa berlaku pada Iman Troye adalah proses pembelajaran’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Bagaimana saya belajar dari awal dulu sampai sekarang di mana apa saja yang kita buat kita mesti ada hubungan baik dengan media sebab nak tak nak masing-masing memerlukan antara satu sama lain.”

Demikian kata penyanyi popular Naim Daniel ketika ditanya mengenai isu membabitkan rakan baik yang juga penyanyi Iman Troye.

Ia susulan timbul dakwaan mengatakan penyanyi lagu Teman itu sukar dihubungi pihak media terutama ketika mahu mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu perkara.

Naim, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin bagaimanapun tidak berani mengulas lanjut isu membabitkan Iman Troye itu.

“Saya tak nafikan kadang-kadang saya juga susah nak dihubungi, hari keempat barulah baca mesej. Jadi, kekurangan itu tetap ada. Jadi, untuk Iman saya tak berani nak bagi pendapat yang banyak sebab saya pun dah lama tak hubungi dia. Mungkin dia sibuk dengan pengajian sekarang.

“Kadang-kadang perkara itu mungkin kita tak perasan dan tak disengajakan. Jadi, kita kena sentiasa pastikan untuk periksa diri kita semula. Macam saya pun kadang-kadang bila orang tak dapat nak hubungi saya, saya akan serahkan kepada pengurus saya. Saya ada masalah juga lagi-lagi di Whatsapp. WhatsApp kumpulan keluarga pun jarang buka inikan pula yang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Naim yang bakal muncul dalam program Terpaling Juara di TV3 menyifatkan apa yang berlaku terhadap Iman adalah proses pembelajaran.

“Saya percaya perkara ini adalah proses sebab saya tahu Iman pun masih baru dalam industri. Jadi, perkara ini agak asing untuk dia cuba sesuaikan diri. Dari masa ke masa kita akan belajar. Saya berasakan media dah macam abang dan kakak saya sendiri. Kita hanya perlu pastikan kita sentiasa saling memahami,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat