PAS Idam Rampas Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS dalam misi menawan Pahang untuk dijadikan negeri keempat ditadbir parti Islam itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS berpotensi menawan Pahang, jika kena cara dan kaedahnya.

“Hari ini PAS menang lapan kerusi DUN daripada 42 kerusi DUN Pahang dalam PRU-14. Barisan Nasional (BN) 25 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) 9 kerusi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepimpinan negeri Pahang, Insya Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang syer paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mad berkata, ambil contoh DUN Pulau Tawar di mana PAS hanya kalah dengan majoriti 587 undi sahaja di tangan UMNO, sedangkan undi yang diperolehi oleh PKR ialah 1973.

“Pengundi-pengundi PKR dan PH di kerusi ini perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN.

“Jika beramai-ramai pengundi mereka memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar.

“Senario itu sebagai contoh sahaja, dan ia berlaku juga di beberapa DUN yang lain, misalnya DUN Tioman di mana calon PAS mendapat undi sebanyak 5382 dan tewas dengan majoriti 1280 di tangan calon BN/UMNO, sedangkan calon PKR di DUN tersebut mendapat 3029 undi. Alangkah baiknya jika pengundi-pengundi PH/PKR dalam pilihan raya yang lepas dapat membuat pertimbangan semula dan memberikan undi kepada PAS pada pilihan raya kali ini demi merubah kepimpinan kerajaan negeri Pahang,” ujarnya.

Tambah beliau selepas himpunan 20K penghujung Julai yang lepas, jentera PAS Pahang kelihatan semakin bertambah aktif dari barisan Pemuda, Muslimat, Ulama dan seluruh lapisan jentera bekerja keras demi memastikan PAS berjaya merampas Pahang.

“Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri ke4 selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” seru Ahmad Fadhli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat