Biro Politik Umno cadang Zahid, Najib, Ismail dan Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik Umno mencalonkan empat nama bagi jawatan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka memanjangkan kemelut politik negara. 

Menurut sumber, mesyuarat biro politik Umno petang tadi mencalonkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (68), Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri (61), Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (68) dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (84).

Sebelum ini 100 orang ahli Parlimen blok kerajaan sedia ada telah memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun kumpulan 15 ahli Parlimen Umno yang diketuai oleh Ahmad Zahid enggan menyokong menyebabkan Ismail kekurangan 11 undi untuk membentuk kerajaan.

Umno hanya mempunyai 38 ahli Parlimen dan memerlukan sokongan sekurang-kurannya 73 ahli Parlimen diluar parti bagi mendapatkan majoriti 111  dari 220 ahli Parlimen yang ada. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat