Tujuh Lokaliti Di Dua Negeri Dikenakan PKPD Bermula Rabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tujuh lagi lokaliti di dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 hingga 31 Ogos ini.

Ia melibatkan enam lokaliti di Tawau, Sabah dan satu lokaliti di Kampung Luit, Maran, Pahang.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, enam lokaliti terlibat di Tawau ialah Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas, Kampung Hidayat, Batu 4, Taman Semarak Jaya, serta Lorong Damai dan Lorong Haji Marzuki di Jalan Damai.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti sebelum ini, katanya.

Dalam pada itu, PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak dilanjutkan dari 18 hingga 31 Ogos.

Turut dilanjutkan, PKPD di Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang bermula 18 hingga 24 Ogos ini.

Selain itu, 10 lokaliti di Pahang, Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak turut ditamatkan pada 17 Ogos seperti yang dijadual.

Di Pahang, PKPD ditamatkan ialah di Kampung Bedu dan dan Kampung Pamah Kulat Mukim Ulu di Dong, Raub, Sg Klau dan Sg Chalit, Raub dan di Sabah ialah Kampung Selagon dan Kampung Binsulok, Beaufort.

Manakala di Terengganu, PKPD dikenakan di Bandar Cheneh Baru dan FELDA Neram serta di Sarawak melibatkan Kampung Bintawa Hilir, Kuching.

Di Kelantan pula PKPD ditamatkan ialah Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat dan Kampung Tok Sadang, Mukim Badang, Kota Bharu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat