KPM Membenarkan Permohonan Pertukaran Guru Sepanjang Tahun – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedar isu permohonan pertukaran guru telah berlarutan sekian lama dan menerima pelbagai komen berkaitan isu tersebut.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan pihaknya akan membentangkan satu garis panduan baharu dengan antaranya ialah membenarkan permohonan pertukaran guru sepanjang tahun.

“KPM telah selesai menyiapkan satu garis panduan baharu untuk permohonan pertukaran guru bagi menggantikan Surat Pekeliling Iktisas SPI Pertukaran Guru tahun 1975.

“Dalam garis panduan ini banyak penambahbaikan yang kita perkenalkan. Antaranya kita akan membenarkan permohonan pertukaran guru sepanjang tahun. Itu merupakan salah satu penambahbaikan yang diperkenalkan,” katanya.

Melalui video yang dimuatnaik di Facebook rasminya hari ini, beliau menjelaskan, dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM juga perlu mempertimbangkam kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon.

“Terdapat beberapa perkara utama yang kita ambil kira dalam mempertimbangkan sebarang permohonan pertukaran. Pertama sekali yang paling penting adalah terdapat kekosongan jawatan di negeri yang dipohon. Yang kedua ialah terdapat keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

“Katakan ada kekosongan jawatan di negeri tersebut tetapi tidak ada kekosongan atau keperluan opsyen yang berkaitan di negeri tersebut. Maka permohonan dalam konteks ini amat sukar untuk dipertimbangkan.

“Kita sedar cabaran yang dihadapi oleh guru dalam konteks memohon pertukaran ini, pihak kementerian telah meneliti secara menyeluruh, isu ini telah berlarutan sekian lama,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga menerima banyak permohonan berkaitan pertukaran guru yang berharap agar permohonan pertukaran 2021 diproses seiring dengan pengambilan guru baharu secara ‘one-off’ yang telah diumumkan KPM sebelum ini.

Radzi berkata, KPM komited untuk memastikan bahawa pihaknya dapat melaksanakan yang terbaik dalam menjaga kebajikan guru-guru di bawah kementeriannya itu.

“Saya banyak menerima rayuan daripada guru-guru berkaitan dengan permohonan pertukaran antaranya ialah ramai yang memohon supaya permohonan pertukaran 2021 diproses seiring dengan pengambilan guru baru secara one-off yang telah diumumkan oleh KPM.

“Sememangnya itulah hasrat KPM iaitu sebelum kita menempatkan 18,702 orang guru baru daripada pengambilan one-off ini kita akan cuma menyelesaikan sebanyak mungkin permohonan pertukaran untuk tahun 2021.

“Saya menyeru guru guru memberikan yang terbaik dan berusaha meningkatkan kualiti Pendidikan di negara kita. Kita mampu melahirkan generiasi pewaris negara yang jauh lebih hebat”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat